07 January 2020

"ORANG RUMAH TAK ADA, HOSPITAL... TERPAKSA MASAK SENDIRI..... " - BLACK


"Geram memang geram tapi dia demam. Doakan dia sembuh cepat Ya Allah amin," tulis penyanyi Black Hanifah yang mendedahkan isterinya, Naquia Yasirah atau lebih mesra dipanggil Cira disahkan menghidap Influenza A dan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lanjut.





Menerusi Instagram Stories milik Black menunjukkan gelagatnya terpaksa menyediakan juadah makanan tanpa dibantu isterinya: "Orang rumah tak ada, dia di hospital tak sihat. Terpaksa masak sendiri la ye," katanya dengan mimik muka sedih.

Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Black, rata-rata mereka mendoakan agar Cira sembuh sepenuhnya dengan segera. Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013. Pasangan ini dianugerahkan dua orang cahaya mata, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Sekadar info, influenza adalah jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan. Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim dipandang serius sejak peningkatan kes penularan yang tular di media sosial. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza dinasihatkan untuk tidak pergi ke tempat tumpuan ramai, sebaliknya hanya berehat di rumah.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Black Hanifah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: