11 January 2020

RAMAI TERKEJUT BILA PUTEH MUNCUL JUARA MLM2019


Sememangnya, ramai yang tidak menjangkakan bahawa juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019), iaitu Kumpulan Puteh bakal menang dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.





Ini kerana, ramai yang menaruh harapan tinggi kepada Kumpulan J-Born yang diawal pusingan dulu amat menyengat dan sering mendapat pujian juri. Namun J-Born hanya mendapat tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Bagaimanapun, kehebatan Puteh yang dianggotai Ali, Mamak dan Man yang menampilkan dua persembahan bertenaga serta menerima pujian daripada juri sememangnya tidak mampu disangkal ramai.

Klik untuk gambar besar


Kumpulan Zero dan Kumpulan Bocey pula hanya berjaya menjadi naib juara dan tempat ketiga sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 dan RM150,000 berserta trofi.

Sementara Kumpulan Rare pula, hanya sekadar berpuas hati mendapat tempat kelima sahaja.

Selain juara, Kumpulan Puteh yang berjaya mengumpul markah tertinggi juga dianugerahkan Flamitoz Kumpulan Paling Syok!. Mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500. Lebih menarik, kumpulan itu turut memenangi anugerah OPPO Punchline Machine.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: