10 January 2020

BALQIS MASUK 'BERSAMAMU': "TERPUTUS MAKAN ITU PERNAH DUA TIGA HARI...


Setelah sekian lama menyepi daripada dunia lakonan, pelakon cilik Puteri Balqis dilihat berkongsi kesukaran hidup dalam rancangan 'Bersamamu' yang nyata mengejutkan segelintir peminat industri hiburan tanah air. Kisah Balqis bakal disiarkan dalam rancangan popular itu pada Ahad ini.





Sedikit sedutan darpada program tersebut, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengulas perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana Tuhan tidk mahu mereka lupa diri. Malah dia secara jujur mengatakan sering terputus makan selama dua atau tiga hari.

"Perubahan tiba-tiba itu indh sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Ibu Balqis, Norashikin Mohamad Aziz atau Nouryl juga meluahkan isi hati berkait dengan tahap kesihatan anaknya: "Orang tak nampak benda itu. Yang orang nampak Puteri sudah okay. Orang nampak Puteri berlakon dn fikir dia sudah okay".

Sayu dan simpati dengan nasib kedua beranak ini, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen. Sekadar imbasan, menurut laporan sebelum ini, Balqis didkawa netizen menghidap penyakit kronik pada peringkat awal dan sedang menjalani rawatan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Facebook Bersamamu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: