10 January 2020

"SEPATUTNYA KAMI HAPPY..." - ANAK TAJUL ALAMI MASALAH PERNAFASAN


"Adriana mengalami masalah sukar bernafas dan batuk-batuk, apabila buat pemeriksaan di hospital doktor minta dia ditahan untuk pemantauan. Sudah dua hari dia dimasukkan ke wad, tak tahu bila akan dibenarkan pulang, mungkin sehingga benar-benar sembuh.





"Sepatutnya kami sekeluarga happy pada hari pelnacaran MV lagu baru ini tapi nampaknya baby kena duduk dalam wad pula... rak apalah mungkin ini dugaan untuk kami," demikianlah kata penyanyi Tajul Ariff.

Keterujaan Tajul meraikan lagu dan video muzik (MV) bahary berjudul 'Ku Sayang Kau Rindu' yang dilancarkan pada Khamis terbantut apabila anaknya, Adriana Carissa dimasukkan ke hospital. Menurut Tajul, 22, bayi berusia dua bula itu ditahan di wad kerana mengalami masalah pernafasan sehingga memerlukan pemantauan doktor.

Klik untuk gambar besar


Tajul dan isterinya, Nurul Shamieza Eddie dikurniakan cahaya mata sulung perempuan yang dilahirkan pada 16 November tahun lalu di Hospital Kajang, Selangor. Sementara itu, bercakap mengenai MV lagu 'Ku Sayang Kau Rindu', Tajul berkata ini merupakan penampilan pertama anaknya kepada umum.

"Ini kli pertama saya tunjuk wajah anak, idea ini datang secara spontan... ibu saya sendiri kata kalau dah habis pantang baru boleh kongsi wajah anak. Sejujurnya saya rasa sangat bahagia dan teruja apabila isteri dan anak dapat bersama dalam MV tersebut. Ianya sangat bermakna. Alhamdulillah ramai yang suka dan memuji MV lagu tersebut, bagi saya kalau pendengar suka, itu sudah cukup memadai," ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Tajul membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza, 23, pada 10 Disember 2017. Tajul berkata, dia terpaksa merahsiakan perkahwinannya itu kerana enggan mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Didie Alias


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: