10 January 2020

KHIR RAHMAN: "ANTARA USAPAN & BELAIAN TERAKHIR KHIR BUAT ABAH..."


Menerusi coretan di posting terbaru akaun Instagram, bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019), Khir Rahman memuatnaik video pendek yang merakamkan Khir sedang mengusap lembut rambut arwah bapanya. Dalam posting tersebut, Khir mengimbas kembali kenangan terakhir bersama arwah bapa kesayangannya, Datuk A Rahman Hassan.





"2019 Abah pulang, Khir mula belajar hidup tanpa Abah. Terlalu banyak ilmu dan harta yang telah Abah tinggalkan buat Khir jua keluarga... Abah sentiasa ada di mana-mana, pada bila-bila masa. Mohon Abah ditempat yang paling baik... Yang Abah tidak akan haus atau lapar... Yang Abah tidak akan panas atau sempit... Yang Abah tidak akan sakit atau sedih," tulisnya.

Dalam pada itu, Khir juga memaklumkan kejayaan yang dikecapi pada tahun 2019 bukanlah alasan untuk dia menjadi seorang yang lalai: "Alhamdulillah... Ada macam-macam Khir kecapi 2019 ini namun ia takkan melalaikan Khir untuk mengingati Abah yang telah pulang dalam keadaan yang paling aman, yang paling manis senyumannya.

"Khir abadikan video ini di sini antara usapan dan belaian terakhir Khir buat Abah, dahi dan rambut mu yang masih mampu Khir ingat nyaman kasihnya, #31dis #2019," tulis Khir yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk pusingan akhir MLM2019 bersama kumpulan JBORN (Joey dan Vicha) yang bakal berlangsung malam ini.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: