30 January 2020

"SAYA LAYAK KE TAK TAKDE KENA MENGENA DENGAN AWAK" - BALAS BELLA


Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah ada memberi bayangan yang dia akan menerima semula bekas suaminya, Aliff Aziz dan tindakannya itu mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya mendoakan agar pasangan ini kembali bersama sebagai suami isteri.





Namun begitu, terdapat seorang individu yang tidak berpuas hati lalu meninggalkan kata-kata berbaur lucah di laman Twitter: "Sejujurnya, korang berdua memang sesuai antara satu sama lain. Satu sampah masyarakat. Satu lagi bebal. Sedap sangat Aliff Aziz tu agaknya," tulis pengguna yang dikenali sebagai Aizad Fahmy.

Bella yang tidak berpuas hati lalu memuatnaik foto lelaki tersebut di Instagram Stories miliknya semalam: "Siapa-siapa kenal dia? Tolong hantar kat dia ya. Terima kasih. Hi Aizad Fahmy atau siapa pun awak. Awak orang Melayu ke?

"Sebab orang Melayu ni selalunya tahu adab dan budi bahasa. Lagi-lagi kalau Islam. Ada agama tak? Sebab senangnya awak label orang sampah masyarakat, bebal. Jadi awak pula? Perdana menteri? Kerabat? Tuhan? Saya layak ke tak takde kena mengena dengan awak.

Klik untuk gambar besar


"Bila dengar orang nak berbaik boleh fikir pasal benda kotor je. Euww awak tu yang menakutkan. Fikir lah ke arah positif lagi-lagi orang Islam, tak boleh ke fikir mungkin sebab kami ada anak ke apa ke," tulisnya.

Dalam pada itu, melalui posting yang berbeza, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah dilihat meluahkan perasaan mengenai tanggapan orang ramai terhadap Aliff. Tegas Bella keputusan yang diambil itu sudah diambil kira dari segi baik dan buruknya.

"Ia menyedihkan melihat ada sesetengah orang yang cemburu dan terganggu dengan kehadiran awak. Mereka lebih cenderung bercakap mengenai benda yang negatif tentang awak walhal mereka tidak mengenali langsung. Itulah yang terjadi kini dan menjadi amalan. Berharap yang lidah kita ini dilindungi oleh yang Maha Kuasa daripada berkata benda yang boleh menyakitkan hati orang lain.



"Walau apa pun yang terjadi, ini semuanya ialah tentang saya dan keputusan saya sendiri. Tidak ada orang lain yang boleh membuatkan saya rasa kurang selesa dengan keputusan yang diambil sedangkan setiap keputusan sudah dipertimbangkan baik buruk dan kesannya.

"Niat dan sebab hanya saya dan keluarga yang tahu. Saya akan membantu sepenuhnya. Saya bersyukur kerana mendapat ibu bapa yang sentiasa menyokong setiap keputusan yang saya ambil. Ini kerana saya tahu apa yang lagi terbaik untuk saya dan Ayden. Sebagai sesama Melayu dan Islam adalah lebih baik mendoakan keadaan orang lain daripada mengecam," luahnya lagi.

Mengikut pemerhatian, kesemua entri itu telah dipadam selepas beberapa jam dikongsikan. Terdahulu, Aliff Aziz sekali lagi mencetus kontroversi apabila video dia dipukul seorang lelaki tular malam semalam. Aliff yang memakai singlet putih dan berseluar pendek berwarna biru dengan bertatu dilihat dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: