31 January 2020

PUNCA ALIFF AZIZ ASYIK BERGADUH KERANA GANGGUAN MISTIK - BELLA


"Mabuk pun gangguan mistik ke... Cukup-cukup le back up," demikian komen pengguna FB bernama Mazlinda.

Semuanya gara-gara bekas isteri Aliff Aziz, iaitu Bella Astillah memaklumkan bahawa bekas suaminya itu kemungkinan mengalami gangguan mistik atau terkena buatan orang yang tidak berpuas hati dengannya.





Malah ianya telah dirujuk kepada ustaz, dan dia dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila, demikian lapor Harian Metro.

"Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila sakitnya membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar untuk mencari penawarnya.

"Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila," dakwa Bella.

Klik untuk gambar besar


Bella mendakwa demikian apabila timbul video baru yang melibatkan bekas suaminya itu dalam satu pergaduhan hingga dia dipukul dengan teruk sebelum sempat melarikan diri.

Malah sebelum inipun, Aliff pernah bergaduh beberapa kali hingga ada insiden membuka seluarnya seolah menunjukkan kemaluan.

KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO PERGADUHAN TERKINI







         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: