23 January 2020

SAYA TELAH KEKAL BERHIJAB SEJAK 2019 - TENGKU HANIS


"Ya, saya memang dah berhijab dan hampir setahun saya memakai hijab selepas tamatnya drama bersiri Leftenan Zana ditayang di TV3 tahun lalu.

"Entahlah rasa dunia ni dah penhujung, pusing kiri pusing kanan banyak benda jadi iktibar buat saya, yang ternyata penghujungnya, redha Allah yang kita semua perlu cari," ujar Tunku Hanis, mengenai pemakaian tudung yang disangka netizen sebagai sementara sahaja bagi menjayakan drama.





Tambah Hanis atau nama penuhnya Tunku Norhanis Tungku Salman, dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya bermula 2019 lalu.

"Ada terima banyak tawaran lakonan terutama sekali watak antagonis tapi saya terpaksa tolak sebab semua kena ‘free hair’, watak lain ada terima tapi saya tolak juga masa tidak mengizinkan sebab sekarang saya dah fokus dengan perniagaan saya," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Alhamdulillah.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: