23 January 2020

"BABI HUTAN LAGI SEDAP DARI BABI PINK" - ADAM CORRIE


Kita semua tahu yang pelakon Adam Corrie Lee berhijrah memeluk agama Islam pada 2007. Malah dia kini hidup bahagia bersama isteri dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.





Ketika Adam berkongsi detik mencuit hati waktu masih beragama lain, ia amat mencuit hati isterinya. Ini kerana, isterinya telah bertanya sama ada dia pernah makan babi sebelum bergelar Muslim? Ini jawab Adam...

"Makan babi hutan lebih sedap dari makan babi pink. Harga babi hutan pun mahal dari babi biasa," katanya yang sudah tidak menyentuh haiwan berkenaan 4 tahun sebelum mengucap syahadah.

Klik untuk gambar besar


"Bidadari saya tanya, saya jawab je la dengan jujur. Respon “erkk” sebab dia ingat babi pink yang lebih ramai suka makan tapi sebaliknya. Sekarang ramai sudah rakan yang belum Islam tak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan.

"Dan alhamdulillah, 4 tahun sebelum saya syahadah/kembali kepada fitrah. Saya sudah tiada rasa nak makan babi. Rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya cerita ni, jadikan ia satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ye. Jika kita pandang negatif, negatiflah yang kita dapat," tambahnya.




www.myartis.com / Sumber: Adam Corrie Lee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: