02 January 2020

SEMPENA TAHUN 2020 - NINA ISKANDAR DEDAH NAMA & WAJAH ANAK


Pelakon kelahiran Brunei Darussalam, Nina Iskandar akhirnya mengotakan janji untuk berkongsi nama, jantina serta wajah bayinya apabila memperkenalkan anaknya sempena kedatangan tahun baharu iaitu 2020, menerusi laman Instagram miliknya.





Nina yang menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup dengan penolong pengarah, Azlan Adzanan, memaklumkan anak lelakinya yang dilahirkan pada 23 Disember lalu itu diberi nama 'Muhammad Aaryan ar-Rizqin'.

"Assalamualaikum, hi everybody. We would like to start our 2020 by introducing you to our Darling son, Muhammad Aaryan ar-Rizqin. He is 9 days old now. Kami doakan Rizqin membesar dengan sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh. InshaaAllah. Ameen. @ar_rizqin #AzlanJr #LuckyNumber9," tulis Nina dalam catatan ringkas di laman Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama Andainya Takdir itu berkongsi pengalaman melahirkan anak sulungnya sebagai kenangan yang sukar dilupakan. Akuinya, masalah kerisauan melampau yang dihidapi menyebabkan dia gusar dan takut untuk menjalani pembedahan. Nina bagaimanapun, bersyukur mendapat sokongan doktor dan jururawat yang sentiasa menenangkannya sepanjang melalui episod mendebarkan itu.

"Saya sangat berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang berada di sisi ketika proses pembedahan. Mereka berusaha menenangkan saya yang menggigil ketakutan apabila suami tidak dibenarkan masuk menemani di dewan pembedahan," katanya.

Pasangan itu diijabkabulkan, April lalu, seterusnya diraikan pada majlis resepsi sempena ulang tahun kelahiran Nina yang ke-28 pada 4 Ogos lalu. Mereka mula berkenalan ketika terbabit dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanifah.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Nina Isknadar & Muhammad Aaryan ar-Rizqin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: