07 January 2020

TAK SERIK - ADAM AF2 SIMPAN IMPIAN KEMBALI BERUMAH TANGGA, PUNYAI ZURIAT


Pemenang tempat ketiga program realiti, Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman tidak menghilangkan diri dari industri hiburan bukan kerana membawa hati luka selepas melalui episod kegagalan rumah tangga, empat tahun lalu, tetapi memperlahankan kerjaya seni kerana ingin berehat dan memberi tumpuan pada perniagaan.





Adam yang pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota Elite, Fiza pada 2013, tetapi bercerai selepas tiga tahun bersama mengakui, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana wanita. Cuma, jodoh masih belum menyebelahinya untuk kembali berumah tangga.

"Saya menyepikan diri bukan kerana patah hati atau sengaja bersembunyi selepas perkahwinan musnah. Tiada guna mengenang perkara lalu kerana hidup perlu diteruskan. Kita hidup di atas muka bumi ini kerana Allah, manakala makhluk pula hanya mengindahkan cerita dalam kehidupan.

"Tipulah jika saya kata, selesa hidup bersendirian. Saya juga mempunyai keinginan untuk bahagia dan memiliki zuriat, tetapi masih belum ada rezeki. Sebelum ini, saya memang ada mengenali seorang wanita, tetapi hubungan kami putus di tengah jalan. Insya-Allah, jika ada jodoh, sampailah nanti," tuturnya yang mengakui, tidak serik untuk berkahwin lagi.

Klik untuk gambar besar


Ditanya mengenai kriteria wanita yang ingin dijadikan sebagai calon isteri, Adam berkata, dia tidak terlalu cerewet, malah menyerahkan jodohnya pada ketentuan takdir. Adam bagaimanapun, mengakui kegagalan rumah tangga mematangkan dirinya, malah dia banyak belajar daripada kesilapan lalu.

"Kegagalan itu sebenarnya proses pembelajaran yang membentuk saya menjadi insan lebih matang. Jika ditakdirkan bertemu jodoh semula, saya sudah tahu bagaimana mengemudi rumah tangga dengan lebih bijak, matang dan sabar," katanya.

Adam turut menyangkal, kegagalan lalu menyebabkan dirinya lebih berhati-hati dalam soal memilih jodoh. Baginya, tiada pasangan yang inginkan perceraian, tetapi sekiranya itu jalan terbaik, mereka tiada pilihan walaupun tahu, ia perkara paling dibenci Allah.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: