Selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu, pelakon Farah Nabilah dan suaminya, Mohamed Amirul Yunus telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang berkonsepkan elegan yang diadakan di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur, pada Ahad lalu.

Gambar-gambar sekitar majlis tersebut dikongsikan oleh pelakon drama bersiri 'Titian Cinta' ini menerusi akaun media sosial Instagram miliknya. Melihat gambar yang dikongsikan, aktres berusia 27 tahun ini kelihatan sangat anggun dan jelita apabila mengenakan gaun kembang putih gading.
Sekadar informasi, Farah atau nama penuhnya Farah Nabilah Saipuddin telah sah bergelar isteri kepada Amirul dengan sekali lafaz. Dalam majlis akad nikah tersebut, Farah telah menerima wang mas kahwin sebanyak RM1,000 serta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.
Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Farah Nabilah
________________________

No comments:
Post a Comment