10 February 2020

A. AIDA AKUI TIDAK LAGI BERHIJAB - TAMPIL DI AJL34 'FREE HAIR'


A Aida yang hadir di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) membuat kejutan apabila tampil free hair tanpa hijab ketika ditemubual pengacara, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad.





"Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

Ini kerana, sebelum ini A. Aida sering berhijab selepas mendirikan rumah tangga pada Julai 2019 dengan pelakon, Ariff Aziz.

Namun apabila perkahwinan mereka bermasalah dan hanya bertahan selama sembilan bulan, A.Aida dilihat mula mengubah penampilannya itu.

Untuk info, A Aida adalah penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip yang memenangi kemenangan berganda iaitu Vokal Terbaik dan juga Persembahan Terbaik.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: