10 February 2020

PERSEMBAHAN BERDARAH AINA ABDUL DI AJL34 DIDAKWA 'TRIGGER' PONTIANAK, SAKIT MENTAL & BUNUH DIRI


"HATI YANG BERDARAH! Alhamdulillah! Selesai sudah persembahan aina Di pentas AJL34 yang selama ini aina idamkan. Aina Sangat bersyukur Kerana diberi peluang untuk berada di pentas berprestij ini.





"Jika semua perasan, persembahan aina tadi merupakan kesinambungan Muzik Video SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.

"Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba aina sampaikan... Doakan aina yaa," demikian kongsi penyanyi Aina Abdul, mengenai persembahan yang disifatkan sebagai 'ngeri 'oleh segelintir netizen.

Penampilan sulungnya itu dalam Anugerah Juara Lagu (AJL34) bukan hanya mendapat perhatian ramai dari segi vokal malah dari segi gimik persembahannya yang mengenakan gaun putih seolah darah yang membuak-buak dari leher.

Klik untuk gambar besar


Ada juga yang menyamakannya dengan pontianak, pesakit mental dan bunuh diri.

"Astaghfirullah al adzim... Nauzubillah min zalik... Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa (bunuh diri). Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

"Persembahan saya hanya sebuah ekspresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL34 dan ia merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah.



"Perkara ini saya sudah pun maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram saya," tambah Aina.

Bagaimanapun, yang kelakarnya... apabila ada juga netizen membuat gurauan yang gaun itu bukan dibasahi darah tetapi menyerupai aiskrim Sundae Strawberry McDonald's.

Apa pun fikiran mereka, idea kreatif Aina itu tetap mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di Stadium Bukit Jalil. Segelintirnya tetap memuji persembahan tersebut yang menampilkan sesuatu yang lain dari yang lain.






Sumber/foto: Aina Twitt

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: