11 February 2020

AJL34: "MINTAK GAMBAQ BUAT TRIBUTE.. JEMPUT PUN DAK...." - NOURUL DEPP


Menerusi akaun Twitter baru-baru ini, penyanyi senior, Nurul Wahab atau lebih dikenali sebagi Nourul Depp ada meluahkan pendapat dan rasa kekecewan terhadap pihak produksi yang menganjurkan Anugerah Juara Lagu Ke-34, berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad malam.





Menurut penyanyi lagu 'Kerana Terluka' ini, dia tidak diundang untuk ke program tahunan berprestij itu: "Nak tau cerita dak? TV3 mesej mintak gambaq nak buat tribute. buat tribute nak mintak gambaq sapa support dari belakang masa kami menang AJL dulu.

"Mintak gambaq, jemput pun dak. Tapi depa tak jadi nak buat flashback tu. I know why Hahahaha #sajanakkata," tulis penyanyi berusia 42 tahun itu yang turut mengakui tidak mengambil hati dengan sikap pihak produksi berkenaan dan sekadar mahu menegur mengenai soal adab.

Sekadar informasi, Nourul dan bekas suami, Ajai pernah meraih gelaran juara menerusi lagu 'Keliru' di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-17, pada tahun 2002. Menerusi edisi AJL kali ini, Ajai turut dilantik sebagai ketua juri di samping sembilan barisan juri lainnya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Twitter/Instagram Nourul Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: