18 February 2020

AL-FATIHAH - ASHRAF SINCLAIR KEMBALI KE RAHMATULLAH


Hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita sedih dimana pelakon Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Menurut laporan KompasTV, kematian Ashraf Sinclair yang berusia 40 tahun disahkan pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp: "Iya (benar meninggal). Serangan jantung," katanya.





Manakala ibu kepada Ashraf, Khadijah Abdul Rahman menerusi mesej di aplikasi WhatsApp turut mengesahkan berita sedih tersebut. Ashraf dikatakan meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi: "Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. (Kami) Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang," katanya yang masih di Kuala Lumpur saat menghantar mesej.

Difahamkan, jenazah suami kepada Bunga Citra Lestari itu masih berada di Rumah Sakit MMC Kuningan. Susulan berita menyayat hati itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya Bunga Citra Lestari dibanjiri ucapan takziah.

Klik untuk gambar besar


Ashraf yang lahir di London dan dibesarkan di Malaysia mencipta nama dengan pembabitan awalnya sebagai model dalam iklan 'Kasut Gombak' pada tahun 1990-an bagi mengangkat produk keluaran tempatan iaitu barangan buatan Malaysia. Iklan tersebut menjadi bualan ramai pada waktu itu.

Pada tahun 2005, dia membintangi filem 'Gol dan Gincu'. Dia kemudian memperluaskan kerjayanya di Indonesia sehinggalah bertemu jodoh dengan aktres negara itu, Bunga Citra Lestari sebelum kedua-duanya bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Awani, mStar & Instagram Ashraf Sinclair


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: