10 February 2020
ALIFF SYUKRI TERKILAN TAK TERCALON AJL: "LAGU SAYA SETANDING ANUAR ZAIN..."
Usahawan kosmetik dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tidak berputus asa untuk terus menyanyi dan tetap mengharapkan lagu-lagunya layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL), biarpun sering dikritik kerana mempunyai 'suara sumbang'.
Bagaimanapun, tiada satu pun lagunya tercalon di peringkat awal Muzik-Muzik. Menerusi laman Instagram, Aliff meluahkan rasa kecewa serta terkilan dan berkata apa kurang dengan lagunya dan mengapa lagunya tidak terpilih sedangkan mendapat berjuta tontonan di YouTube.
Malah, Aliff turut berasa sedih mengapa bakatnya tidak dihargai sedangkan suaranya sangat sedap dan merdu serta tidak perlu dipertikaikan lagi. Katanya lagi, lagu-lagu yang dihasilkan setanding lagu daripada penyanyi tersohor seperti Anuar Zain. Kata Aliff, lagu dan suaranya punyai kualiti untuk diangkat ke peringkat yang lebih tinggi misalnya AJL.
"Apa kurang lagu saya?? Berbanding mereka yg tercalon?? Abang sedih sangat kerana bakat abang ini tidak dihargai oleh Anugerah Juara Lagu sedangkan suara abang amat sedap dan merdu... malah suara abang tidak perlu dipertikaikan lagi kalau tidak takkanlah abang telah mengeluarkan lebih daripada lima lagu.. dan jumlah tontonan juga berjuta-juta?? Adakah mereka yg mendengar lagu abg sebalum ini halinunan atau pun org ghaib kenapa x layak tercalon?? Apa salah abg," tulis Aliff.
Klik untuk gambar besar
"Saya dah buat macam-macam lagu, ada nasyid dan disko pun tetapi kenapa lagu saya tak tercalon AJL, apa kurangnya lagu saya? Saya ada suara yang sedap dan merdu, berjuta-juta nak tengok nyanyian saya tetapi bakat saya tak dihargai. Lagu saya setanding Anuar Zain, Faizal Tahir dan penyanyi yang pernah ke AJL, apa kurangnya lagu saya berbanding mereka yang tercalon?" ujarnya pula menerusi sepotong video di Instagram.
Tambah Aliff, kredibiliti nyanyiannya tidak perlu dipertikaikan memandangkan dia telah menghasilkan enam lagu setakat ini: "Kalau tidak takkanlah saya telah mengeluarkan lebih daripada lima lagu dan jumlah tontonan juga berjuta-juta. Adakah mereka yang mendengar lagu saya sebelum ini halimunan? Apa salah saya?" soalnya lagi.
Antara lagu yang pernah dinyanyikan Aliff ialah 'Bobo Di Mana', 'Biar Apa Orang Kata', 'Abang Nak Tegur' dan 'Agama Kedamaian'. Justeru, ada yang beranggapan bahawa Aliff sendiri perlu mengambil inisiatif untuk menghantar pencalonan lagu-lagunya seandainya mahu melangkah ke peringkat lebih tinggi.
Seperti sudah dijangka, perkongsian Aliff itu mendapat kecaman netizen yang secara jujur mengatakan suara Aliff sememangnya sumbang dan tiada bakat menyanyi. Malah, ada yang mencadangkan agar Aliff membuat acara anugerahnya sendiri jika mahu lagunya tercalon. Dalam pada itu, ada yang mengatakan belum rezekinya lagi untuk tercalon dalam pertandingan tersebut.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Rotikaya & Instagram Aliff Syukri
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment