10 February 2020

ISU MIC SITI NURHALIZA: "DAH LAMA TUNGGU... RUGI & KECEWA" - PENGURUS


"Kita tengok di seluruh media sosial, rata-ratanya bercakap tentang mikrofon Siti. Saya pun perasan kejadian itu di awal kemunculan Siti tapi selepas itu semuanya okey. Cuma kita dah lama tunggu Siti untuk muncul di AJL jadi peluang yang hanya beberapa minit ini terasa sedikit rugi dan kecewa.





"Ketika saya berada di belakang pentas, banyak kali saya ingatkan supaya pastikan mikrofon 'on'. Kami bukan tak 'reheasal', kami buat cuma orang lain yang pergi dan 'check' mikrofon," kata pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menerusi akaun Youtube Siti Official, yang beranggapan detik keemasan kemunculan Siti atau Tok TI di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) telah berubah menjadi satu kerugian.

Dedah Rozi dia sudah berulang kali memberi peringatan soal mikrofon ketika berada di belakang pentas. Dalam pada itu, Rozi menyifatkan kesilapan yang terjadi berpunca daripada masalah teknikal stesen televisyen tersebut: "Saya rasa ini adalah masalah teknikal daripada pihak stesen televisyen. Mungkin selepas ini kena lebih waspada.

"Benda dah jadi tak boleh buat apa. Saya tahu ramai yang kecewa dan marah. Saya harap untuk program siaran langsung yang lain akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya pun kecewa sebenarnya tapi takpalah saya positif saja," ujarnya lagi.

Klik untuk gambar besar


Malam tadi, penyanyi kesayangan negara membuat kejutan muncul di AJL34. Namun ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mikrofon Tok Ti tidak berfungsi sewaktu penyanyi nombor satu negara itu memulakan nyanyian.

Tidak hanya di laman sosial, penonton di Axiata Arena juga menunjukkan reaksi wajah kurang senang dan menggelengkan kepala. Rata-ratanya berpendapat kesilapan seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan AJL 34 merupakan pentas berprestij.

Terdahulu, Tok Ti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu 'Anta Permana' yang bersiaran secara langsung hari ini. Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu tersebut dipersembahkan oleh Bob apabila layak bersaing pada peringkat separuh akhir November lalu. 'Anta Permana' adalah lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong. Kali terakhir Tok Ti beraksi di pentas AJL adalah pada tahun 2008 (AJL22) menerusi lagu 'Destinasi Cinta'.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: