10 February 2020

VOKAL TERBAIK AJL34 - PEMINAT PERTIKAI KENAPA ERNIE ZAKRI TAK MENANG


Semua mengetahui mengenai keputusan Anugerah Juara Lagu yang ke-34 (AJL34) yang berlangsung malam tadi. Persaingan di AJL 34 memang cukup sengit kerana setiap lagu yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing termasuklah cara penyanyi yang berusaha sehabis baik untuk membuat persembahan memukau. Namun, seperti biasa tidak ada sebuah pun majlis anugerah di Malaysia ini yang dapat memuaskan hati semua pihak.





Kemenangan Hafiz Suip untuk Vokal Terbaik dipertikai oleh peminat Ernie Zakri. Menurut mereka, penyanyi wanita itu lebih layak untuk mengungguli anugerah tersebut kerana memiliki suara lunak dan vokal mantap.

Selaku ketua juri AJL34, komposer dan penyanyi terkenal Ajai tampil memberikan penjelasan mengapa pihak juri memilih Hafiz sebagai pemenang Vokal Terbaik. Menurut mereka, Hafiz bukan sahaja mempunyai aura tersendiri tetapi teknik nyanyiannya luar biasa.

Suka atau tidak, keputusan telah pun dibuat dan pastinya pihak juri profesional dalam industri muzik tempatan lebih arif untuk menilai siapa lebih layak untuk memenangi anugerah tersebut. Tidak perlu kita berbalah dan anggap sahaja tahun ini tiada rezeki untuk Ernie.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: