27 February 2020

AMMAR ALFIAN BERANG DIKAIT VIDEO SONGSANG: "ASAL TATU, BADAN TEGAP AKU LA"


Baru-baru ini telah tersebar satu video lucah yang didakwa mirip seorang pelakon lelaki di media sosial. Video tersebut ketika ini sedang hangat dan viral. Selain video berdurasi 12 saat yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan intim, gambar pelakon lelaki berkenaan turut tular.





Timbul sebagai spekulasi sehingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab menuduh pelakon Ammar Alfian terlibat dalam video tersebut meskipun tiada sebarang bukti sahih. Ammar tidak berdiam diri dan turut memberikan respon.

"Ohh asal ada tatu, badan tegap saja aku la? Ramai cakap sama, kau pun ya saja? Macam tu? Patutlah fitnah semakin berleluasa. Okay kita tunggu ya," kata Ammar yang berang dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik beberapa kenyataan mengenai fitnah penyebaran berita palsu.

Klik untuk gambar besar


Sudah sering dikecam dan dikaitkan terlibat dalam kontroversi panas, Ammar berkata dia sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang ramai terhadap dirinya. Namun, apa yang membuatkan Ammar marah adalah kehidupan peribadinya terjejas gara-gara fitnah tersebut sehingga dia dilarang untuk bertemu dengan anak lelakinya.

Ammar pada masa yang sama, memuat naik bukti serta penjelasan yang dia tidak pernah terlibat dalam video hubungan songsang itu. Ammar berkata, tatu yang ada pada badan lelaki dalam video tersebut bukan bermakna dia adalah individu berkenaan.

Nampaknya penyebaran video lucah mirip artis tempatan seolah-olah tiada pengakhirannya. Tidak mustahil ada sindiket yang sengaja ingin mengaut keuntungan. Apa-apa pun, benar apa yang dikatakan oleh Ammar, janganlah memfitnah orang jika kita sendiri tidak tahu kebenarannya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: