27 February 2020

"BERKAITAN KERJA SAJA" - LIYANA JASMAY ENGGAN KOMEN ISU BUKA TUDUNG


"Kalau bukan mengenai kerja atau kerjaya saya, saya tak mahu komen. Saya hanya akan memberikan kenyataan jika berkaitan kerja saja," demikianlah jawab pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay ketika ditanya mengenai penampilan barunya iaitu sudah membuka tudung.





Liyana enggan memberikan komen lanjut apabila ditanyakan mengenai perkara itu. Jelasnya beliau akan memberikan komen berkaitan dengan kerjayanya sahaja. Terdahulu, boleh dikatakan ramai sudah menjangka Liyana akan membuka tudung apabila sebelum ini beliau kerap memuatnaik video tidak lagi berhijab serta hanya memakai snowcap sahaja tanpa hijab.

Akhirnya Liyana tampil memuatnaik gambar tanpa tudung lagi. Gambar yang dimuatnaik di Instagram itu rata-rata mendapat kecaman teruk dari netizen selain ada yang sudah dapat menghidu perkara itu akan terjadi. Ramai juga mendakwa tiada 'job' merupakan sebab Liyana membuka tudung.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata pengikutnya di Instagram mempertikaikan tindakan Liyana yang berkongsi gambar dan video tanpa memakai tudung ketika bercuti di Gold Coast, Australia bersama pelakon Intan Ladyana. Walaupun gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram menerima kecaman teruk netizen, namun ada juga pengikut yang terus mendoakan Liyana supaya kembali bertudung.

Style tudung Liyana sebelum ini dikritik seakan mempermainkan agama apabila beliau sering memakai snowcap. Tidak berdiam diri, Liyana membidas netizen tidak mengetahui fesyen dan berfikiran kampung. Liyana mula mengenakan tudung pada akhir Julai 2017.

Pada pendapat kami, jika benar Liyana sudah tidak berhijab lagi lebih baik untuk dia berterus-terang dan berlaku jujur. Sekurang-kurangnya tidak lagi mengundang fitnah.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: