27 February 2020

"SAMAN ALIFF SYUKRI... RM1 BILION!" - PENDAKWAH DAKWA TERHINA, TAK KISAH MUFLIS


"Saya akan jumpa peguam saya di Malaysia untuk membawa kes saman ke atas Aliff Syukri dan akan tuntut RM1 bilion. Saya akan saman RM1 bilion! Saman ini kerana menghina saya dan pihak kami telah mengambil kenyataan serta bukti untuk membuat saman malu terhadap Aliff Syukri.





"Kalau dia saman saya dan andainya kalah atau muflis saya tak kisah sebab dah biasa dengan miskin," kata pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary dalam sesi live di Facebook miliknya baru-baru ini.

Ustaz Abu Syafiq bertegas mahu menuntut saman malu terhadap usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri. Saman itu merujuk kepada sesi live Aliff Syukri yang didakwa telah menghina dan memalukannya.

Kenyataan itu dinyatakan selepas sesi live dan sidang media Aliff Syukri pada Isnin. Abu Syafiq sebelum ini mempertikaikan tentang kesahihan status halal salah satu produk yang dikeluarkan syarikan Aliff Syukri.

Klik untuk gambar besar


"Saya ada mempersoalkan tentang salah satu produknya yang belum ada sijil halal dari Jabatan Agama Islam (Jakim). Sijil halal yang ditunjukkan ketika sesi live bukan produk yang saya maksudkan tetapi produk lain," jelasnya.

Tambah Abu Syafiq, sebagai ahli agama yang bertauliah, teguran yang disampaikan demi kebaikan semua pihak termasuk Aliff Syukri sendiri: "Saya pun tak nak gaduh sangat, nak bagi teguran saja sebagai orang yang bertauliah. Salahkah saya menyebabkan dia membuat permohonan maaf?

"Selepas Aliff Syukri memohon maaf, dengan itu saya juga memohon maaf dan membuang video saya terdahulu. Tetapi lawan tetap lawan," tegasnya.

Aliff Syukri pada Isnin menuntut permohonan maaf daripada Abu Syafiq yang melemparkan fitnah dan mengajak orang awam memboikot perniagaannya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: