14 February 2020

ANAK ALMY & FIZZ SELAMAT DIKEBUMIKAN: "MAAFKAN PAPA MAMA.. WAHAI MUHAMMAD..."


Jenazah anak keempat pasangan Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang meninggal dunia sewaktu dalam kandungan itu baru-baru ini telah selamat dikebumikan. Menerusi laman Instagram, Almy menyatakan dia perlu terus kuat untuk suami dan anak-anak. Jelasnya, walaupun sedih, namun dia reda dengan takdir yang ditetapkan Allah SWT.





"Alhamdulillah selesai dgn sempurnanya.. Al fatihah.. tenang disana wahai anakku.. Allah lebih sygkan kami wahai anakku.. mama tak kuat syg.. tp mama kena kuat demi kakak kakak kamu.. mama tahu papa sedih.. cuma papa tak tunjuk.. maafkan mama syg @fizzfairuzofficial.. maafkan mama wahai anakku MOHAMMAD.. jumpa disana, tunggu mama dan papa di sana.. AL FATIHAH..," kata Almy.

"AL FATIHAH.. tenanglah disana anakku MOHAMAD.. Allah lebih sayangkan kamu anakku.. maafkan papa ye, Insyallah tggu papa n mama disana nanti.. papa taknk nangis, sebab papa kuat..," tulis Fizz pula.

Sebelum ini, Fizz menerusi laman Instagramnya telah berkongsi berita sedih dimana kandungan isteriny telah meninggal dunia ketika berusia 14 minggu. Untuk makluman, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.


















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: