14 February 2020

BAKAL KAHWIN - JOY REVFA PILIH LELAKI BIJAK PERNIAGAAN & AGAMA


Berhubung status laman sosialnya yang memberi gambaran bakal berkahwin dalam masa terdekat, usahawan kosmetik Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin mengakui bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi dan berkata, dia akan mendedahkan identiti jejaka tersebut pada hari pernikahan mereka.





Bagaimanapun, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini menjelaskan individu tersebut bukanlah orang yang sama dengan yang diperkatakan sebelum ini: "Ya... memang betul saya akan bertunang dengan seseorang tidak lama lagi tetapi identiti individu tersebut saya perlu rahsiakan sehingga hari pernikahan kami nanti.

"Bukan apa... takut nanti terlalu berkongsi, ada perkara yang tidak baik berlaku. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Jadi, lebih baik saya memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu. Cuma setakat ini saja yang saya boleh kongsikan.

"Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti. Yang pasti, bakal tunang saya bukan individu yang sama dengan sebelum ini. Saya dengan bekas kekasih sudah berpisah sejak tahun lalu. Anggap sajalah tiada jodoh dan hubungan kami tiada lagi sehaluan," kata Joy.

Klik untuk gambar besar


Pada Jun tahun lalu, Joy pernah menimbulkan spekulasi di laman sosial apabila memberi bayangan seakan-akan dirinya dirisik oleh seseorang yang dipercayai pelakon baharu. Bagaimanapun, hubungan Joy dengan bekas kekasih berakhir pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Joy memberitahu dia mahu pasangan hidupnya selepas ini seorang yang lebih terbuka dan mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam: "Saya lebih memilih seorang lelaki yang lebih bijak dalam perniagaan dan mempunyai pengetahuan tinggi ilmu agama supaya dia dapat membimbing serta berkongsi ilmu dengan saya sebagai seorang suami," ujarnya.

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah. Masalah tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama. Sebelum itu Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Joy Revfa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: