14 February 2020

TITIP PESAN BUAT KEDUA PUTERA - PU ABU MAHU DIDIK JADI LEBIH BAIK


Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik foto kedua-dua anak lelakinya iaitu Muhamad Adam Aysar (hasil perkahwinan terdahulu dengan Ain Afini) dan Muhammad Uwais Al-Mateen (hasil perkahwinan yang kini dengan Hana Azraa).





Dalam status tersebut, PU Abu akan cuba mendididik kedua-dua puteranya dengan sebaik mungkin. Bersyukur atas nikmat dari Pencipta yang telah menganugerahkan dua orang anak kandung,

"My heroes.. Aku akan cuba sedaya upaya untuk didik anak2 aku jd lebih baik dari diri aku. Aku tak punya harta yang banyak untuk ditaburkan, yang aku ada sedikit ilmu yang aku akan titipkan pada anak2 aku.

"Pesan abi buat anak2 abi, "dunia hanya tempat persinggahan kita, jangan terlalu kejar dunia sebab matlamat kita adalah akhirat. Abi pernah rasa dipuji dan abi juga pernah rasa di hina. Jangan fikir apa manusia kata tp fikir apa Allah kata. Ingat, Allah adalah sebaik2 tempat untuk minta dan mengadu.

Klik untuk gambar besar


"Kejarlah akhirat nescaya dunia akan kejar anak2 abi, jagalah Allah nescaya dunia akan jaga anak2 abi.Abi doakan agar anak2 abi jd anak2 yg soleh. Korang sentiasa ada dalam hati abi walau jauh dan dekat.Abi sayang anak2 abi"," tulisnya.

Sehingga kini foto tersebut telah mendapat lebih 2,800 tanda suka (likes) dan rata-rata memuji kecomelan dua beradik itu. Abu sebelum ini pernah berkahwin dengan Ain Afini dan menceraikannya ketika Ain sedang hamil tujuh bulan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adam Aysar, lapan bulan. Kemudian, Abu berkahwin dengan Hana Azraa pada Mei 2019 dan dikurniakan anak, Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & PU Abu Sufyan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: