14 February 2020

"SAYA OKAY PEMINAT DOAKAN KAMI BERSAMA" - ZARA JAWAB GOSIP DENGAN AZLEE


Nama pelakon Zara Zya sebelum ini hangat diperkatakan apabila timbul desas desus mendakwa dirinya sudah menemui pengganti dan dikatakan bercinta dengan pelakon Azlee Khairi yang kini bergandingan dengannya menerusi drama 'Seadanya Aku'.





Zara Zya berkata dia tiada masalah jika ada peminat yang mahu melihat dia dan Azlee bersama dalam dunia realiti. Ujarnya lagi, dia terbuka untuk mengenali sesiapa saja memandangkan dia kini sudah kembali solo.

"Saya okey saja kepada peminat yang doakan agar kami bersama. Pintu hati saya terbuka untuk sesiapa saja, tapi tidaklah membuka ruang itu seluas-luasnya untuk orang luar mengenali saya secara dekat. Saya masih perlu pilih yang terbaik untuk dijadikan kawan. Namun buat masa ini soal cinta bukanlah hal yang menjadi keutamaan sebaliknya saya sibuk dengan kerja," katanya.

Menurut Zara, peminat ingin melihat mereka disatukan kerana masih menyukai watak mereka dalam drama yang pernah menjadi sebutan sebelum ini iaitu 'Love You Mr Arrogant': "Saya faham daripada dulu peminat memang nak saya dan Azlee disatukan tapi hakikatnya mana boleh begitu saja.

Klik untuk gambar besar


"Saya ambil setiap komen peminat itu sebagai satu perkara yang baik kerana apabila mereka masih terus memperkatakan mengenai kami maknanya mereka masih sayang dan ambil tahu," ujar pelakon berusia 34 tahun ini.

Terdahulu, kisah Zara dan Azlee menjadi sebutan gara-gara keduanya saling berbalas komen 'mesra' di IG. Perkara itu menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat yang sememangnya mahukan mereka bersama sebagai pasangan.

Zara kembali solo selepas ikatan pertunangannya dengan pelakon Hafreez Adam yang diikat pada 12 Oktober lalu, terlerai sebulan kemudian. Zara dan Azlee yang kini bergandingan dalam drama 'Seadanya Aku' itu pernah digosip bercinta ketika digandingkan dalam drama 'Love You Mr Arrogant' pada 2014.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Zara Zya & Azlee Khairi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: