14 February 2020

GEMBIRA DALAM DUKA - ALI PUTEH SEBAK, SYUKUR ISTERI HAMIL LAGI


"Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang... Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga. Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.





"Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja," tutur pelawak dari kumpulan Puteh, Ali yang sebak kerana tidak menyangka isterinya, Melati Fitri Abdullah disahkan hamil lagi dan difahamkan usia kandungan kini enam minggu.

Dikala sedang berduka di atas pemergian abang kesayangannya, Allahyarham Abam Bocey pada 10 Februari lalu, terselit kegembiran buat Ali. Berita gembira itu disambut dengan penuh kesyukuran. Dalam sama sama, Ali terkenangkan jika arwah Abam masih lagi disisinya pasti dia akan gembira dengan perkhabaran tersebut.

Ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali memberitahu pemeriksaan berkala akan dilakukan mengikut prosedur seperti biasa: "InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.

Klik untuk gambar besar


"Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada 'history' (anak mengalami jantung berlubang). Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya," katanya.

Pada 26 November tahun lalu, Ali dan isterinya kehilangan puteri kedua mereka, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan meninggal dunia kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik.

Ainul meninggal dunia selepas 17 hari dirawat di hospital dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 3 bulan. Selain Ainul, pasangan ini mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram, Ali Puteh & Melati Fitri Abdullah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: