13 February 2020

ANGGAP NAIM DANIAL KURANG AJAR - AZWAN ALI AKUI BUKAN HENTAM SITI NURHALIZA


Nampaknya, pengacara dan pelakon Azwan Ali yang menggelarkan dirinya sebagai Diva AA itu dilihat sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik status berunsurkan provokasi apabila penyanyi Naim Daniel dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad lalu.





Azwan menerusi akaun Twitter berkata dia langsung tidak mengenali Naim. Dia turut menyatakan perasaan tidak hairan terhadap penyanyi itu meskipun menjuarai AJL34 dan pada masa yang sama menyertakan carutan, ayat penuh makian dalam status tersebut. Terbaru, menerusi satu sidang media, Azwan tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung kritikannya terhadap Naim.

Tidak dinafikan, Azwan memuji cara Naim mempertahankan kejayaannya itu tetapi mengapa perlu dilakukan dengan nada yang kurang ajar. Menurut Azwan, apa yang membuatkan dia bertambah berang adalah tindakan peminat fanatik Naim yang tidak henti menyerang akaun Twitternya dengan pelbagai komen sumpah seranah terhadap dirinya.

Klik untuk gambar besar


Pada masa yang sama, selebriti sensasi itu mempersoalkan adakah salah dia menegur pemenang-pemenang AJL selaku bekas pengacara rancangan tersebut. Rata-rata netizen tidak setuju dengan kenyataan mengatakan Naim kurang ajar. Sebenarnya, cara Azwan yang menyatakan pendapatnya agak kasar dan tidak menghormati orang lain.

Kontroversi Azwan Ali dengan beberapa orang selebriti kebelakangan ini sememangnya menjadi bualan hangat di media sosial oleh netizen. Selain dengan Dato' Seri Vida dan juga Naim Daniel, nama Dato' Seri Siti Nurhaliza turut terpalit apabila Azwan Ali dikatakan menulis sesuatu yang kurang sopan terhadap Siti di Twitter miliknya.

Melalui Twitter miliknya yang menggunakan akaun @DivaAATersohor, Azwan Ali mempertikaikan kepulangan awal Dato' Seri Siti selepas habis persembahan di malam Anugerah Juara Lagu yang ke-34 (AJL34). Di dalam Twit yang sama, Azwan turut menulis kata-kata yang agak kesat dan menimbulkan kontroversi.



Ketika ditemui di majlis sidang media memohon maaf kepada Dato' Seri Vida, Azwan Ali menjelaskan tentang Twit yang ditulisnya tersebut: "Tentang Dato' Siti ni saya bercakap straight forward tentang her level. Aku mempertikaikan kenapa dia balik cepat.

"Dulu isu bila dia menang, tapi bukan dia, puak-puak dia lah mencaci hina Noraniza Idris bila Noraniza Idris angkut satu batalion balik sebelum result. Itu zaman Noraniza Idris. kenapa kau mesti kecam dia? So again, ni about fanatik Siti. Dia orang ni yang mengutuk Noraniza tak boleh terima keputusan, berterabur lari balik," kata Azwan dalam satu temu bual.

Tambah Azwan, dia menjadikan perkara tersebut sebagai pembalasan kepada (peminat) Siti. Bila kena kat Siti, tak berterabur lari balik ke, atau salahkan mikrofon: "Siti tahu aku macam manalah, dia tak ada hal pun jumpa aku. Walaupun aku tahu Siti terkilan dengan mulut aku, sebab penyokong-penyokong Sitizoners ni, anak-anak xxxxx! Not my level lah!" kata Azwan lagi.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: