14 February 2020

AKAN PERGI UMRAH LAGI TIAP TAHUN - SAJAT


Tindakan Sajat berpakaian wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah baru-baru ini yang dikecam teruk oleh ramai pihak, tidak langsung mematahkan semangatnya untuk melakukan ibadah umrah setiap tahun.





Malah kalau boleh, dia menyimpan impian untuk membawa lebih ramai lagi untuk menunaikan umrah terutama mereka yang banyak membantu perniagaannya.

"Apa yang boleh saya cakap saya cukup tenang di sana. Memang saya sudah berniat dari tahun ke tahun untuk ke sana lagi,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, menjawab soalan mengenai siasatan JAKIM terhadapnya mengenai status jantina, Sajat mendakwa JAKIM seolah buat kerja sambil lewa.

"Bukan saya tak mahu buat laporan perubatan, sekarang mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan.

Klik untuk gambar besar


“"Kalau betul mereka (JAKIM) nak bantu, mereka sepatutnya keluarkan surat rasmi. Saya tak tahu dengan siapa yang saya perlu rujuk. Kalau hendak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan," jelasnya..

Dalam hal itu, katanya dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identiti dirinya kepada pihak berkuasa, namun, alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi.

"Saya pernah kena tipu, bukan saya tak cari jalan penyelesaian. Kalau diikutkan, ibu bapa sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan.

"Namun, sekarang, saya yang perlu menanggung semua ini sendirian," tambahnya.

"Ibu bapa Sajat boleh mengesahkan siapa saya... Tiada orang lain," katanya lagi yang berharap isu identitinya dapat diselesaikan sekarang selagi ibu bapanya masih hidup.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: