14 February 2020
ANAK DAH MULA TERCARI-CARI ABAM - ALI PUTEH
Adik Abam iaitu Ali Puteh berkata, anak arwah abangnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan sudah mula tercari-cari bapanya setelah empat hari pemergian Allahyarham.
Malah katanya anak Abam itu lebih banyak diam dan tidak meragam termasuk kakak iparnya yang juga balu arwah, Siti Nurhidayah Mohd Ali juga banyak mendiamkan diri.
"Anak arwah sudah mula tercari-cari bapanya. Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.
"Cuma, dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku," ujarnya dipetik sebagai berkata pada Harian Metro.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ali teringat pesanan terakhir yang diterima daripada arwah supaya menjaga ibunya yang tidak sihat dan berkerusi roda.
"Arwah pergi mengejut tanpa sebarang pesan. Namun, minggu lalu dia ada cakap kepada emak yang jiwanya kosong dan tidak fikir apa-apa lagi. Dia juga pesan kepada emak dan sampaikan pada saya supaya banyak rehat. Jangan terlalu penat bekerja.
"Malah, minggu lalu juga dalam kumpulan Whatsapp keluarga, dia mengatakan sekarang giliran saya menjaga emak pula. Jangan lupa bagi emak makan ubat. Saya jawab, okay dan tidak ada masalah. Kebetulan emak sudah sebulan tinggal di rumah saya," tambahnya.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment