14 February 2020

ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI, BUAH TANGAN TERKINI MAMAT KHALID


"Jika Rock Bro dikatakan pengakhiran indah sebuah trilogi Rock, mungkinkah Rock 4 adalah permulaan kepada perjuangan mengembalikan era Rock kepada generasi milenial?" demikian soal pengarah prolifik Mamat Khalid yang kembali menggegar dengan buah tangan terkininya Rock 4: Rockers Never Dai.





Khalid ditemui ketika Tayangan perdana filem Rock 4: Rockers Never Dai yang diadakan di pawagam mmCineplexes, eCurve Mutiara Damansara baru-baru ini. Filem yang menampilkan barisan pelakon muda dan baru itu bakal mencetuskan fenomena ‘rock n roll’ dalam industri muzik tempatan.

Ia dibintangi oleh Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry dan Nazimi Fahmi serta penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edrie Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi.

Klik untuk gambar besar


Filem Rock 4: Rockers Never Dai ini bakal menemui penonton mulai 20 Februari 2020 di pawagam-pawagam Malaysia dan Brunei.

“Melihat kembali kejayaan filem trilogi Rock, kami percaya filem ini adalah filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat filem Rock tegar di Malaysia. Kami sentiasa mengagumi karya yang dihasilkan oleh Mamat Khalid khususnya filem yang bergenre rock muzikal.



"Saya pasti anda akan ‘enjoy’ dan ‘sing-out-loud’ bersama! Filem yang diarahkan oleh rockers tegar ini akan membuatkan anda keluar panggung dengan perasaan wow!”, kata Shahila Harun Shah, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios.

“Saya yakin naskhah terbaru saya ini bukan sahaja mampu menarik semua lapisan masyarakat untuk menonton malah ia bakal menjadi fenomena baru kepada generasi moden untuk mengenali muzik-muzik rock era 80-an dan 90-an.

"Rock terbukti ada peminat tersendiri dan saya harap penonton suka. Secara keseluruhannya, Rock 4 adalah sebuah ‘feel good movie’ untuk tahun ini”, ujar Mamat Khalid pula.

















         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: