14 February 2020

POLIS SAHKAN LUCINTA 'PEREMPUAN' SEJAK BULAN LALU


"Lucinta Luna sudah diakui sebagai perempuan sejak Disember lalu," kata kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Polis, Yusri Yunus yang mendedahkan jantina penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstasy, Selasa lalu, adalah perempuan.





Ini berdasarkan keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan yang membenarkan permohonan penukaran jantina Lucinta, tahun lalu. Komisaris Besar Polis, Yusri Yunus mengesahkan perkara itu di Balai Polis Metro Jakarta Barat, hari ini, lapor agensi.

Selasa lalu, Lucinta, 30, yang pernah menghasilkan video muzik single Bobo Di Mana bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, ditahan selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah itu ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada jam 1.30 pagi Selasa lalu.

Klik untuk gambar besar


Selebriti itu ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan pasangan suami isteri. Polis menemukan beberapa pil ecstasy di apartmennya.Namun, penahanan Lucinta membuatkan polis bingung untuk menempatkan selebriti itu di lokap lelaki atau wanita, akibat keraguan status jantinanya.

Turut ditahan, ‘teman lelakinya’ yang kemudian disahkan polis sebenarnya adalah perempuan. Lapor agensi, dengan keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Lucinta kini memiliki nama rasmi Ayluna Putri.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: