06 February 2020
ATIKAH SUHAIME TERIMA HADIAH VALENTINE AWAL DARI BUAH HATI
Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime tidak menjadi kisah putus tunang dan tidak jadi bernikah sebagai penghalang dirinya mencari cinta baru. Buktinya, Atikah kini sedang bahagia meniti alam percintaan dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh yang dikenalinya sejak pertengahan tahun lalu.
Jika sebelum ini spekulasi Atikah dan Lokman bercinta timbul apabila mereka seringkali berkongsi foto di lokasi, tarikh dan masa yang sama di Instagram masing-masing, tapi kini Atikah lebih mudah menulis terus nama Lokman pada gambar yang dikongsinya.
Terbaru, Atikah memuat naik sekeping gambarnya bersama sekotak mawar merah: "Early vday pressie cause I'll be away again soon. Thank you. So thoughtful of you @lokmanteh," tulis Atikah sebagai kepsyen pada gambar tersebut.
Atikah kini seolah tidak lagi berselindung tentang percintaannya dengan ahli perniagaan tersebut. Tahun lalu, Atikah mengakui sedang mengenali hati budi Datuk Lokman Teh selepas dia putus tunang dengan penyanyi Awie Rafael pada 14 Mac 2019.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Atikah Suhaime & @lokmanteh
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment