06 February 2020
"SIAPA SAKITKAN HATI AWAK, KENA BERHADAPAN DENGAN SAYA..." - ISA KHAN
"Siapa sakitkan hati awak (Risteena), kena berhadapan dengan saya. Saya tak akan benarkan siapa-siapa sakiti hati awak. Semua kenangan kita, saya simpan dalam ingatan dan saya tak akan lupakan semua itu. Memeori indah saya bersama awak.
"Ketika kita mula-mula bercinta, saya jaga awak," demikian kata pelakon Isa Khan yang menjawab soalan tunangnya, pelakon Nur Risteena Munim dengan penuh perasaan dalam sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram.
Berlatatbelakangkan lagu 'Hanya Rindu' nyanyian penayanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng, video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan selepas dimuat naik bebrapa jam lalu. Sementara itu, menerusi Instagram Risteena pula, Isa turut meluahkan isi hatinya terhadap tunangnya itu.
Klik untuk gambar besar
"Kalau ada perkataan yang lebih meyakinkan dari cinta, kalau ada sebutan yang lebih luar biasa dari 'I love U', saya dah sebut perkataan itu setiap hari pada awak. Perkataan 'I love U' tu tak cukup untuk saya nyatakn cinta saya pada awak.
"Saya tak pernah ada seseorang yang menghargai saya seperti mana awak hargai saya. Setiap hari perasaan sayang saya bertambah pada awak. Saya tak akan berhenti mencintai awak. Kalau saya lupa ingatan, awak tunjuk video ni pada saya, okay," katanya.
Terdahulu, pasangan ini mengumumkan mereka sudah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November 2019.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Isa Khan & Risteena Munim
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment