21 February 2020

BAYI KEEMPAT JATUH DARI DUKUNGAN - YATT HAMZAH MOHON DOA


Pelakon Yatt Hamzah telah berdepan detik cemas malam semalam apabila bayinya yang berusia 50 hari, Suci Hawa Zulaikha itu terjatuh atas lantai di rumahnya. Menurut Yatt, insiden itu berlaku di hadapan matanya dimana anak keempatnya itu terjatuh selepas salah seorang anaknya terlepas dari tangan ketika mendukung bayi tersebut.





Yatt yang bimbang dengan keadaaan bayi perempuannya itu terus membawa ke hospital bahagian kecemasan bagi pemeriksaan lanjut. Yatt memaklumkan perkara tersebut di laman Instagramnya pada Khamis dan rata-rata netizen mendoakan agar anaknya dalam keadaan baik.

"Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari, baru saja jatuh atas lantai setelah kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda (Yatt). Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital. Tolong doakan Suci Hawa Zulaikh. Bonda mohon sangat," kata Yatt.

Klik untuk gambar besar


Menerusi entri lain, Yatt memuat naik foot dia sedang berada di unit kecemasan sebuah hospital swasta dan berharap agar semua berada dalam keadaan baik: "Be strong ya Hawa anak Bonda syg.. In shaa Allah takde apa2.. Bonda, Abah & kakak2 ada ni..," tulisnya.

Dalam pada itu, Yatt ketika dihubungi memberitahu bayinya mengalami sedikit bengkak di kepala dan perlu dipantau dalam masa 24 jam: "Baby baru lepas dirawat. Dia ada bengkak sikit di kepala tapi tak boleh nak xray sebab masih terlalu kecil.

"Ubat pun tak boleh bagi. Doktor kata macam stabil setakat ini tapi kena pantau dalam masa 24 jam. Kalau muntah berterusan kena bawa semula ke hospital. Doakan bayi saya ya," jelasnya.



Menceritakan kembali kejadian itu, Yatt memberitahu ketika itu dia sedang sibuk menguruskan anak ketiga di bilik air: "Saya dalam bilik sedang uruskan dan mandikan anak ketiga. Manakala bayi dengan kakak-kakak yang lain berada di ruang tamu. Apabila Hawa menangis, anak sulung saya mendukungnya seperti biasa. Malangnya dia terlepas dan jatuh," ujarnya.

Pada 30 Disember tahun lalu, Yatt melahirkan anak keempatnya seberat 3.30 kilogram di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas lewat 13 hari dari tarikh jangkaan. Yatt dan Mohammad Zulfadhli yang juga seorang juruvideo mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfaa Medina, 2, dan Suci Hawa Zulaikha, 50 hari.

Pelakon drama 'Jejak' ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Suci Hanania Malika, 10, hasil daripada perkahwinan pertama dengan Abdul Mutalib Shukor.
















www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Yatt Hamzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: