06 February 2020

"BUKAN JENIS DUDUK BILIK MENANGIS..."- NEELOFA DUA KALI PUTUS CINTA


"Sudah tentu saya pernah dilukai... saya memang dah plan nak cakap fasal benda ni cuma menantikan masa yang sesuai untuk berkongsi mengenainya. Sebenarnya masa mula-mula saya buat bisnes hijab dengan kanta lekap tu, memang saya tengah patah hati.





"Saya putus dengan ex-boyfriend saya ketika itu saya masih muda, baru 25 tahun dan masih tercari-cari identiti diri," demikian kata pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa, 31, yang mendedahkan kejayaan dalam bidang perniagaan yang dikecapi hari ini bermula dari kisah putus cintanya.

Neelofa bercerita mengenai perkara itu menerusi program temubual Trek Selebriti terbitan Astro. Menurut pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini kesedihan yang dilalui itu membuatkan dia menghabiskan banyak masa bekerja di pejabat. Katanya, setiap hari dia mula bekerja seawal pukul empat pagi selama beberapa bulan sehingga berjaya meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.

Klik untuk gambar besar




"Disebabkan kekecewaan dan kesedihan ketika itulah saya gunakan ke dalam bisnes. Saya rasa perlu buat sesuatu, perlu fokus, saya duduk dekat office saja sampai pukul 4 pagi dan buat itu hari-hari sampai beberapa bulan. Saya nak buktikan kepada diri saya dan orang yang saya kenal masa tu, tanpa dia saya masih wanita yang kuat dan mampu lakukan sesuatu yang besar

"Kali kedua saya sekali lagi kecewa, saya rancang nak buat benda sama tapi sasaran saya kali ini adalah untuk capai kejayaan di peringkat antarabangsa. Saya nak buktikan kepada bekas teman lelaki walaupun dia rasa dia cukup bagus, saya boleh buat lebih bagus dari dia. Saya bukan jenis yang duduk bilik dan menangis tengok gambar lama-lama semua, tidak. No... no... no," jelasnya yang berjaya dalam bidang perniagaan menerusi jenama tudungnya Naelofar.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi positif dari netizen yang menganggap ia sebagai inspirasi buat mereka. Lebih menarik apabila netizen dilihat turut cuba meneka siapakah gerangan bekas kekasih Neelofa memandangkan usahawan itu tidak pernah terbuka membicarakan mengenai perkara itu sebelum ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: