06 February 2020

ANTING-ANTING 'ILLUMINATI': "FESYEN & TIADA KENA MENGENA KHURAFAT - AYDA JEBAT


Berhubung dakwaan warganet terhadap anting-anting berbentuk tiga segi dan mata satu yang digayakan seolah-olah berunsur illuminati, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika dihubungi berkata, dia enggan melayan isu remeh terbabit kerana menganggap apa yang digayakan itu hanyalah sekadar fesyen.





"Jangan takut dengan anting-anting saya, tapi takutlah dengan mata sendiri yang suka mencari silap orang. Saya malas nak layan perkara remeh seperti ini. Tak perlu takut dengan apa yang saya gayakan kerana masih berpegang teguh kepada ajaran Islam. Apa yang digayakan itu hanyalah sekadar fesyen dan tiada kena mengena dengan amalan khurafat," katanya.

Ayda juga ingin berpesan kepada orang luar supaya hentikan tuduhan tidak benar kerana dia masih waras untuk melakukan sesuatu perkara: "Sebagai selebriti saya perlu menunjukkan contoh yang baik untuk masyarakat. Jadi, takkanlah saya nak paparkan sesuatu yang akan menjejaskan imej buruk kepada diri saya dan umum," katanya.

Terdahulu penampilan Ayda dalam program Melodi disiarkan secara langsung TV3 pada Ahad lalu, mengundang kekecohan dalam kalangan warganet apabila anting-anting yang digayakan seolah-olah berunsur illuminati.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ayda Jebat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: