06 February 2020
2 BULAN DIPENJARA - FARID KAMIL KHATAM AL-QURAN DALAM SEBULAN
Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Farid Kamil yang sudah lebih dua bulan dipenjara itu mengaku banyak mengisi masa mendekatkan diri kepada Allah. Apa yang lebih bermakna, kata Farid, dia dapat mengkhatam al-Quran dalam tempoh sebulan. Suami kepada pelakon Diana Danielle itu memberitahu, dia banyak terbabit dalam aktiviti kerohanian yang tidak pernah dilakukannya dahulu.
Farid turut mengakui ia merupakan detik paling sukar digambarkan dengan kata-kata. Jelasnya, penerimaan warga di sana cukup membuatkannya terharu. Punya seluruh masa untuk refleksi diri, ulasnya jujur, dia berupaya menunaikan solat tahajud dan khatam Al-Quran dalam masa sebulan, satu perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
"Pada hari pertama dan kedua dalam tahanan, saya membayangkan situasi sama seperti yang saya lihat dalam filem Hollywood. Namun, realitinya berbeza. Berada di dalam penjara adalah satu pengalaman yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Saya belajar menilai diri sendiri. Lebih membuatkan saya terharu adalah cara orang di sana menerima kehadiran saya.
Klik untuk gambar besar
"Saya juga melakukan perkara yang jarang saya buat ketika di luar iaitu bangun tengah malam untuk menunaikan solat Tahajud. Saya juga mengaji al-Quran hingga khatam dalam tempoh sebulan. Saya tak rasa apabila kita berada di luar dunia luar, kita mampu melakukan perkara seperti itu.
"Saya ceritakan secara asas, di dalam keburukan terdapat kebaikan. Berada di dalam penjara merupakan satu pengalaman baru yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Tetapi apa yang menarik ialah penerimaan mereka membuatkan saya terharu. Mereka mengenali saya dan di sana mereka memberi sokongan supaya jangan jatuh, bangun dan terus berlari.
"Tetapi saya di dunia telah diberi peluang untuk merasainya dan daripada situ saya dapat menilai diri. Ramai yang pernah duduk di dalam bilik yang sama. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bertaubat dan mengalami perasaan yang orang lain tidak dapat rasainya. Jumlah saya duduk di dalam sel ialah dua bulan setengah," ulasnya selepas majlis pelancaran Sifu International Enduro Championship 2020 dan treler Remp-it 2.
Dalam pada itu, Farid turut mengakui tiga daripada lima pertuduhan yang dibicara di mahkamah telah digugurkan: "Pada peringkat awal, tiga pertuduhan telah digugurkan. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan lagi dua pertuduhan," jelasnya lanjut.
Mengakui ramai rakan menjauh sewaktu sedang dilanda ujian maha hebat, namun lelaki ini akur, inilah dugaan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik: "Tuhan telah menunjukkan sesuatu kepada saya dalam keadaan sebegini.
"Saya melalui detik mencemaskan dalam proses mendapatkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Saya akui sedih dan terkilan. Kadang kala saya merasakan diri terbuang jauh disebabkan perkara yang menimpa. Namun itu hanya cubaan buat saya," katanya lagi.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Media Hiburan, Instagram Farid Kamil & Diana Danielle
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment