04 February 2020

CINCIN DI JARI MANIS - BENARKAH MIRA FILZAH SUDAH DIRISIK?


Baru-baru ini, pelakon Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang bukanlah dalam kalangan industri hiburan, dikenali sebagai Wan Emir Astar.





Cinta hatinya itu, bukan calang-calang orangnya kerana beliau merupakan seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini. Namun, dia menafikannya dan mengatakan hubungan mereka belum serius dan masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, menerusi satu muatnaik di Facebook rasmi Datin Mastura, dia seakan memberikan bayangan bahawa anaknya sedang melalui fasa baru dalam kehidupan. Mungkin juga Wan Emir sudah merisik Mira sebagai suri hidupnya dan bakal bertunang tidak lama lagi? Malah, satu sumber terdekat turut memuatnaik foto Mira memakai sebentuk cincin yang kemungkinan cincin merisik di jari manisnya dengan ucapan tahniah.

Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara. Terdahulu, Mira berkata buat masa ini dia enggan berbicara mengenai kisah peribadinya. Biarlah ia menjadi rahsia demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Mira Filzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: