04 February 2020
MIA AHMAD: "DOAKAN PERJALANAN (UMRAH) SAYA & BABY NO 2 DI PERMUDAHKAN..."
Menerusi laman Instagram, pelakon Mia Ahmad yang kini sedang hamil anak kedua itu memberitahu bakal berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah. Bagaimanapun, suaminya, Izham Tarmizi serta anak sulung mereka, Sayf Issa difahamkan tidak bersama-sama di dalam rombongan berkenaan. Dalam entri yang dimuatnaik, Mia memasang impian untuk bersama suami dan permata hatinya itu ke Tanah Suci hujung tahun ini andai diizinkanNya.
"Assalamualaikum W.b.t. Sebentar lagi saya akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Doakan perjalanan saya dan baby no 2 di permudahkan, ibadah di sana di terima dan di redhai Allah S.W.T. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan halalkan hutang saya pada anda (jika ada) .
"To my husband @izhamtarmizi24 terima kasih untuk birthday present yang bermakna untuk tahun ini, Mia minta nak pergi umrah utk birthday this year. Hujung tahun kita pergi sama-sama pula k dengan @sayf.issa, InsyaAllah," kata Mia yang menerima komen dimana rata-rata mendoakan kesejahteraan serta mengharapkan agar bintang drama itu mendapat umrah mabrur.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, suami Mia mengucapkan selamat berangkat dan pulang selain mendoakan perjalanan isterinya itu ke Tanah Suci dipermudahkan: "Selamat berangkat dan pulang Mommy dan mendoakan agar perjalanan ke Tanah Suci akan diberikan kemudahan oleh Allah SWT. We love you Mommy," tulis suami Mia pula di IGnya.
Mia dan Izham yang juga bintang bola sepak itu mendirikan rumah tanggap ada 13 Januari 2017 dan pelakon itu pernah mengalami keguguran pada Disember tahun sama. Bagaimanapun, keduanya dikurniakan rezeki zuriat pertama pada 28 September 2018.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Mia Ahmad & Izham Tarmizi
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment