04 February 2020

SHAHROL: "TUNJUKKANLAH BUKTI TUTUP FITNAH" - SAJAT MASIH DI MASJIDIL HARAM?


Nampaknya kisah Sajat yang berangkat ke Tanah Suci dengan berpakaian lelaki dan kemudian menukarnya kepada pakaian wanita ketika mengerjakan ibadah umrah ini begitu hangat diperkatakan ramai. Isu itu menjadi bualan ramai termasuk pelawak Shahrol Shiro yang menggesa pihak berkuasa memandang serius isu tersebut yang dilihat semakin terbuka dan berani hingga mencetuskan kebimbangan umum.





Menurut Shahrol, dia tidak mahu institusi agama Islam dihina sewenang-wenangnya tanpa tindakan tegas: "Aku bukanlah ustaz tetapi aku bersuara kerana tidak mahu kesucian agama Islam ini dihina sebegini rupa.

"Andai kata dia benar-benar wanita dan difitnah, maka tunjukkanlah bukti sama ada daripada pemeriksaan doktor atau apa saja bukti yang boleh menutup fitnah ke atasnya. Jika dia bersalah maka ambillah tindakan yang tegas. Semoga kita semua dijauhkan daripada kemurkaan Allah," ujarnya.

Shahrol meluahkan rasa tidak senangnya itu menerusi entri yang dimuatnaik ke laman Instagram pada Isnin. Selain itu Shahrol turut membuat perbandingan bagaimana pihak berkuasa di negara ini menjalankan tugasan apabila berdepan kesalahan sama.

Klik untuk gambar besar


"Gambar satu, seorang remaja ditahan kerana menyamar sebagai seorang pegawai kanan polis dan direman untuk siasatan. Gambar dua, Sajat berangkat ke Tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah dan memakai pakaian muslimat tetapi diragui jantinanya.

"Dua isu ini adalah kesalahan yang sama iaitu menyamar... satu menyamar jadi polis dan satu menyamar sebagai wanita. Satu melanggar hukum yang dibuat oleh manusia, satu melanggar hukum Tuhan," tulisnya lagi.

Sementara itu, pencetus Ummah (PU) Amin mengesahkan rakan serta jemaahnya terserempak dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang masih berada di Masjidil Haram iaitu tanah suci Makkah.

Menurut saksi memberitahu Sajat dan rakannya masih bertudung dan mengerjakan Saie. Malah mereka sempat mengambil gambar Sajat yang berada di situ. Justeru, PU Amin menafikan berita bahawa Sajat dibawa keluar kerana dia masih berada di sana.



Oleh itu, PU Amin meminta terutama muslimah di sana berhati-hati dan menjaga aurat kerana bimbang ia tercemar. Bagaimanapun sebahagia jemaah di sana sudah membuat laporan polis mengenai kelakuan Sajat itu. PU Amin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, PU Amin masih berharap agar hati Sajat terbuka dan menerima hidayah daripada-Nya untuk berubah dan kembali kepada Allah: "Allah aturkan semua yang berlaku dan tidak berlaku atas muka bumi ini . Sebesar mana dosa manusia pasti ada jalan pulang. Allah Maha Pengampun. Cuma untuk mendapat pengampunan dari Allah perlu mujahadah yang besar.

"Saya percaya Kaabah akan buat hati Sajat dan kawan kawan nya lembut dan getar. Kita doakan agar Allah hantarkan kasih sayang-Nya. Soal tindakan dan undang-undang, itu akan disempurnakan oleh pihak berkuasa. Kita pula, cukup sekadar doa dan doa. Jangan mencaci. Insya-Allah percayalah, ada lah tu benda baik Allah nak bagi," tulisnya dalam kapsyen.

Terdahulu, kisah Sajat yang memiliki nama asalnya lelaki itu berpakaian wanita termasuk bertelekung ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah menjadi kecoh di media sosial. Lebih menggusarkan apabila PU Amin meluahkan kebimbangan terhadap hukum aurat yang mampu merosakkan ibadah muslimat lain.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: