13 February 2020

"DADDY JAGA HAMZAH..." - FAD PASTIKAN ANAK ABAM DAPAT KASIH BAPA


Menerusi satu entri di laman Instagram, anggota kumpulan Bocey, Fad, 29, akan memastikan anak tunggal Allahyarham Abam tidak kehilangan kasih seorang bapa. Melihat pada foto yang dikongsikan, Fad mendakap erat anak lelaki Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.





Menerusi kapsyen ditulis, Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berhasrat menjaga Hamzah: "Daddy jaga Hamzah ye nak, anak daddy 4 org sekarang #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah," tulisnya.

Perkongsian menyayat hati Fad itu mendapat lebih 300,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram dan hampir 4,000 komen yang menyokong tindakan Fad untuk berkongsi kasih sayangnya dengan Hamzah. Rata-rata pengikut Instagram Fad sangat kagum dengan keakraban hubungan erat anggota Bocey.

Klik untuk gambar besar


Sama ada Fad dan Achey, kedua-duanya akan memastikan Hamzah mendapat kasih sayang seorang bapa. Walaupun Abam sudah tiada dan Bocey kini tinggal berdua, hubungan kekeluargaan dipupuk mereka selama ini kekal erat.

Jasad Abam mungkin tidak ada tetapi kasih sayang dan semangatnya ditinggalkannya akan terus bersama Bocey. Allahyarham Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Pada Isnin lalu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Gombak. Jenazah Abam yang diziarah lebih 2,000 orang di masjid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Fad Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: