08 February 2020
DIGELAR PASANGAN 'PIPIT SAMA PIPIT' - INI BALAS PADU FASHA & AIDIL
Pelakon Fasha Sandha sering berkongsi aktiviti bersama suami, pelakon Aidil Aziz dan anak-anak di laman Instagram dan ia sentiasa menjadi perhatian netizen. Meskipun ramai netizen yang suka melihat kebahagian mereka namun ada juga individu yang meninggalkan komen negatif menyindir pasangan itu.
Individu yang menggunakan akaun bernama Datin Aliah Mohd Nor itu mengatakan pasangan itu secocok dan disamakan dengan pipit yang bermaksud orang yang tidak mempunyai pangkat atau darjat.
Bagaimanapun Fasha, 36, membalas dengan cara baik dan meminta individu tersebut tidak membandingkan taraf seseorang itu: "Tak perlu nak cakap pipit ke enggang ke datin. Kita manusia sama sahaja... sebab nanti datin masuk kubur pun tak bawa title datin tu.
Klik untuk gambar besar
"Hanya amalan datin saja yang datin bawa. Terima kasih atas komen yang bijak di pagi hari yang indah. Semoga datin sihat selalu dan dilindungiNya. Semoga datuk selalu sayangkan datin dan tak hadiahkan madu untuk datin," kata Fasha.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan komen individu tersebut yang dianggap biadab. Dalam pada itu, suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz turut membalas komen dengan menyindir individu tersebut: "Alang-alang nak fake, letak sekali Hajah, Doktor, Datin Aliah," tulis Aidil.
Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac tahun lalu dan aktres itu dipercayai kini sedang hamil anak pertama mereka. Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fasha Sandha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment