19 February 2020

DITANYA NAK DATANG KE MAJLIS KAHWIN - ZIZAN DOA EMMA BAHAGIA


Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan pelakon Emma Maembong bakal menamatkan zaman bujang pada 20 Februari 2020 bersama jejakan pilihan hatinya. Bertanya hal tersebut, pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak mendoakan kebahagiaan Emma sekiranya benar khabar angin bekas kekasihnya itu bakal mendirikan rumah tangga. Dalam masa sama, Zizan mengakui Emma ada bertanya samada dia akan hadir ke majlis perkahwinannya jika dijemput.





"Dia ada tanya, tapi tu beberapa bulan lepas la... Tapi tak ada pula dinyatakan tarikh. Cuma saya jawab, kalau free saya datang kena tengok jadual dulu. Apapun saya ucap tahniah kepada dia, pastikan pasangan itu adalah terbaik buatnya. Saya tidak kenal siapa bakal suami dia namun saya doakan kebahagiaan Emma dan pasangan," katanya.

Dalam pada itu Zizan sempat berpesan agar Emma mendapatkan jodoh yang direstui kedua ibu bapa. Menurutnya, sesebuah perkahwinan bukan dibina berdasarkan soal kepentingan seseorang saja: "Restu keluarga tu perlu dan penting. Jika dia nak berkahwin, tak naklah seandainya mak bapa dia tak suka pasangannya tu," katanya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Zizan Razak & Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: