19 February 2020

UYAINA AKUI REZA ZAKARYA TEMAN RAPAT, SEDANG PROSES KENALI


"Kami masih menjalani proses berkenalan dan saya tak nafikan memang rapat dengan Reza. Apapun, saya sangat terharu dan berasa bertuah dengan penerimaan baik peminat di Indonesia," demikian kata pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, 26, yang mengakui dia dalam proses mengenal hati budi penyanyi dangdut Indonesia, Reza Zakarya, 30.





Uyaina dihubungi berkata status hubungan dia dan Reza kini boleh dikata sebagai teman rapat. Menurut Uyaina, walau pun dia orang luar dari Malaysia tetapi layanan diterima dari peminat di Indonesia tidak diduga: "Penerimaan baik diberikan mereka (peminat) sangat dihargai. Apatah lagi, ada peminat yang sanggup mewujudkan hashtag reyna untuk saya dan Reza.

"Setahu saya, selebriti Malaysia yang menjadi perhatian di sana (Indonesia) ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid. Namun, sekarang tiba-tiba saja nama saya menjadi perhatian kerana berteman dengan Reza dan hanya mampu berterima kasih," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pada tahun lalu, Uyaina kekal sebagai pengacara program Dangdut Academy Asia 5 (DAA5) manakala, Reza pula seorang komentar dalam rancangan realiti TV itu. Bermula dari situ, hubungan Reza dan Uyaina 'dicipta' apabila banyak pihak ‘kenen-kenenkan’ mereka secocok kerana masing-masing berdarah campuran Arab.

Bahkan, Uyaina dan Reza juga mengikuti Instagram di antara satu sama lain termasuk memuat naik beberapa foto bersama serta saling berbalas komen. Apapun, kini Uyaina sibuk di lokasi penggambaran drama 30 episod berjudul Jujurlah Nikahi Aku arahan Rashid Sibir. Melakonkan watak Nurin yang selalu didera ibu kandungnya, ia cabaran besar buat Uyaina kerana harus bemain emosi.

Sehubungan itu, Uyaina juga dijangka akan ke Indonesia pada 1 April ini untuk mengacarakan pertandingan Puteri Muslimah Asia 2020. Sebelum mengembangkan kerjaya pengacaraannya di Indonesia, Uyaina adalah juara Puteri Muslimah Asia 2018.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Uyaina Arshad & Reza Zakarya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: