12 February 2020

"ALLAH LEBIH SAYANGKAN.. PAPA TAK NAK NANGIS...." - FIZZ REDA ANAK KE-4 KEGUGURAN


Pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita sedih dimana isterinya, pelakon Datin Almy Nadia mengalami keguguran pada usia kandungan 14 minggu. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, memberitahu dia reda dan kuat menerima takdir tersebut.





"AL FATIHAH.. terima kasih Allah bg kami 14mggu bersama baby ke4 saya dan @almynadiaofficial .. Allah lebih sayangkan kami anakku.. papa redha.. papa taknk nangis,sebab papa kuat.. amin.. semoga Allah jaga kamu ye anakku.. al fatihah..," tulis Fizz.

Melihat pada ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut mengirimkan ucapan takziah buat pasangan itu atas pemergian anak mereka. Pada 31 Disember lalu, Fizz meluahkan rasa gembira apabila isterinya disahkan hamil sembilan minggu anak keempat mereka. Dia juga meletakkan harapan untuk dikurniakan cahaya mata lelaki.

Untuk makluman, Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga pada 2014. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra yang kini berusia setahun dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11.

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan, Instagram Fizz Fairuz & Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: