12 February 2020

GAGAH HADIRI MAJLIS - MIMI LOMA BAKAL DIBEDAH MATA APRIL DEPAN


"Saya tidak berapa sihat... Macam-macam penyakit yang tidak disangka dihidapi. Seperti yang dikatakan doktor, sakit saya ini, bila-bila masa saja boleh menyerang. Malah, disebabkan sakit yang menyerang mata, saya perlu berkerusi roda kerana penglihatan agak terjejas.





"Namun, saya reda dengan ketentuan Allah. Insya-Allah, April ini, saya akan menjalani pembedahan mata," demikian kata pelakon dan penyanyi era 1960-an, Mimi Loma atau nama sebenarnya, Siti Aminah Ismail, 73.

Berat hati hendak memenuhi jemputan majlis, apatah lagi acara glamor seperti pelancaran produk, namun Mimi menggagahkan diri menghadiri majlis biarpun dalam keadaan berkerusi roda kerana bimbang tidak lagi diundang. Mimi mengaku kesihatannya tidak sebaik dahulu. Mimi yang juga adik Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani memberitahu, dia sudah tidak aktif menyanyi:

"Suara saya masih ada, tapi tidak seperti dulu. Saya hanya menyanyi secara santai jika dijemput. Iyalah, nyanyi biasa-biasa sahaja mengikut usia dan keupayaan saya," ujarnya yang membintangi filem 'Ahmad Albab' terbitan 1968.

Mimi ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan MS Skinz di sebuah hotel di sini, baru-baru ini. Pada majlis itu, Mimi yang ditemani anaknya, menerima sumbangan daripada pengusaha MS Skinz, pelakon, Ezany Nizariff.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: