12 February 2020

PERSEMBAHAN DRAMA BAND - HAQIEM RUSLI AKUI TERGANGGU


Mengenai gimik persembahan kumpulan Drama Band yang seakan memerli, penyanyi Haqiem Rusli mengaku terganggu dan berkata, dia sedikit terkesan di belakang pentas sewaktu menantikan gilirannya untuk membuat persembahan menerus lagu Lembah Kesepian.





"Biarlah mereka, asalkan saya tak kacau siapa-siapa dan fokus untuk persembahan. Tapi, terganggu jugalah dekat belakang pentas bila tengok dekat TV sambil tunggu giliran. Namun, tak apalah. Selagi kita tahu perbezaan mana yang positif dan negatif pada malam itu, boom!" balas Haqiem menerusi satu hantaran di Twitter.

Terdahulu, seorang pemilik akaun di Twitter meluahkan rasa terkilan dengan kumpulan Drama Band yang dilihat tidak sensitif apabila Haqiem yang turut bertanding di Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) dimalukan, dibadutkan serta dijadikan bahan ketawa serta digambarkan sebagai watak jahat dan buruk hanya kerana dia ada buat masalah di luar.

Perkongsian Tweet itu menjadi tular apabila mendapat lebih 1800 retweet dan 4100 tanda suka hingga menerima maklum balas daripada Haqiem. Pada AJL34, persembahan Drama Band mencetuskan kontroversi apabila dikatakan menyindir beberapa individu termasuklah Haqiem Rusli. Pada 2018 lalu, Haqiem berdepan masalah kemurungan sederhana dan menafikan perbuatan itu sekadar gimik.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Haqiem


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: