22 February 2020

HAMPIR DUA TAHUN KAHWIN, TIADA RESEPSI - INI KATA PEKIN IBRAHIM


Biarpun perkahwinan bersama Mona Allen sudah hampir dua tahun berlangsung iaitu pada Disember 2018 lalu, pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim memberitahu sehingga kini masih tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis resepsi buat peminat.





Dalam pada itu, Pekin menganggap perkahwinannya itu adalah sesuatu yang agak bersifat peribadi: "Bukannya tak nak buat resepsi ke apa, cuma soal kahwin ni sangat peribadi buat saya. Saya buat sederhana je yang mana termampu," katanya.

Sementara itu, ditanya perubahan yang dialami selepas memasuki alam rumah tangga, Pekin menjelaskan hidupnya kini lebih tenang: "Paling ketara setiap kali bangun tidur, ada orang dekat sebelah. Lepas tu lebih gembira, tenang dan rasa lebih halal," katanya berseloroh.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Pekin Ibrahim & Mona Allen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: