22 February 2020

"PERNAH LALUI ZAMAN JAHIL... SEKARANG PERBAIKI DIRI JADI LEBIH BAIK" - TOMOK


"Saya pernah melalui zaman jahil, jadi apa yang harus saya lakukan sekarang adalah memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. Umur saya semakin meningkat, anak-anak juga sedang membesar saya harus lebih bertanggungjawab.





"Sebagai seorang yang beragama Islam, saya mahu satu pengakhiran yang baik untuk diri saya, keluarga dan rakan-rakan," demikian kata penyanyi Tomok yang sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan memberitahu yang dia harus lebih bertanggungjawab memandangkan umurnya yang kian meningkat.

Ditanya tentang kemunculannya di beberapa majlis pengebumian rakan artis, pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail ini berkata, dia harus memberi penghormatan terakhir buat kenalannya yang pergi meninggalkan.

"Saya benar-benar merasai kehilangan rakan artis yang meninggalkan kita sejak kebelakangan ini, jadi, menziarahi mereka di majlis pengebumian juga merupakan satu tanggungjawab buat saya," tambahnya ringkas.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tomok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: